
Kawan baru jer baca paper hari ni. Dalam banyak-banyak cerita yang ada kat dalam Kosmo tu, hanya ada satu jer yang menarik hati kawan iaitu cerita tentang Presiden Suharto. Alaaa... takkanlah awak semua tak kenal? Tinggal dalam hutan ke apa? Keh...keh...keh.. kawan memang macam gini.... selalu men-sound...
Kawan nak tanya, awak dah baca belum paper hari nie?
Kalau dah baca, lagi senang dan lagi seronoklah awak membaca entry ni. Sebenarnya, Presiden Suharo dalam proses untuk mendapat RM340 juta ringgit (USD100) setelah menang dalam kes samannya terhadap majalah Time. Fuhh.....gila apa.... banyak giler tu.
Masa kawan baca tadi tu pun, memula agak macam nak terlepas pandang jer. Ingatkan RM3.4 juta , tapi RM340 juta. Perrgghhh... blogging sampai mati pun takleh dapat macam gini punya figure. Tak tau ler pulak kawan kalau Shoe Money boleh buat lebih dari tu sebab dia memang handal dalam gak membuat duit online nie.
Lagi satu, kalau awaklah dapat duit macam gini punya banyak, apa yang awak akan lakukan? Adakah awak akan berhenti kerja, ataupun berhenti hidup ataupun berhenti sebentar sekadar tuma'ninah untuk mengucapkan Alhamdulillah?
Tepuk dada, tanya saper?
No comments:
Post a Comment