Siapa itu Mohd Ismail?
Hebat sangatkah Mohd Ismail tu?
Apa yang awak kagumi pasal Mohd Ismail sebenarnya?
Atau awak semua sekadar menunjukkan kehebatan awak sendiri kepada Mohd Ismail supaya ramai lagi blogger akan mengingati awak?
Ahaaa...!
Kawan tahu yang Mail akan membaca entry ini. Kawan tak kenal Mail dan Mail juga memang langsung tak kenal kawan. Cuma apa yang kawan nak ceritakan di sini betapa hebatnya dunia blogging kerana walaupun saling tak mengenali, tapi macam dah kenal.
Blogosphere adalah satu platform yang terlalu susah untuk diceritakan keluasannya hatta Gurun Sahara pun di bawahnya. Terlalu tinggi kemuncaknya sehinggakan Bujr Al-Arab pun di rendahkannya, wae'mah terlalu laju pembawaannya mengalahkan wanita yang mengidam buah mangga di hadapan rumah jirannya... pantasnya cerita disebarkan, Mat Rempit pun boleh surrender, malah setianya blogger kepada blogosphere nya mengalahkan setia Hang Tuah kepada Sultannya.
Wooo.... panjang pulak intro kawan pada post kali ni. Tapi, seronok jugak sebab tak pernah kawan buat entry intro panjang dalam blog berbahasa Melayu. Kalau sebelum ini semuanya dalam bahasa Inggeris, sekarang rasanya lain pulak. Kawan rasa diri kawan semakin dekat dan selesa dalam memblogging ni. haa...ha...ha...
Berbalik kepada cerita Mail. Kawan sebenarnya baru jer mengenali blog Mohd Ismail nie. Tak taulah macam mana kawan boleh menyinggah ke blog Mail ni. Klik sini, klik sana... tetiba jer sampai. Macam magic pulak tapi macam yang kawan katakan tadi, pantasnya ia berlaku sampai Mat Rempit pun boleh surrender.
Kawan katakan di sini yang Mail sebenarnya ada "sesuatu" yang boleh buatkan pengunjung duduk di dalam blognya. Bukan untuk membaca kesemua entrinya, tetapi Mail telah berjaya menjana returning visitors. Satu petanda yang boleh menjadikan Mail seorang yang popular.
Apa yang hebat sangat pasal Mail?
Apakah yang dikatakan "sesuatu" itu?
Haaa.... inilah yang dikatakan ideologi. Ideologi adalah salah satu elemen yang penting dalam dunia blogosphere. Tahukah awak bahawa jika seseorang blogger (bukan webmaster!) berjaya menyebarkan ideologinya, maka dia akan menjadi lebih senang di masa hadapan?
Lihatlah apa yang dibuat oleh Darren (Problogger), Shoe Money dan juga Johnchow. Mereka semuanya mempunyai ideologi mereka yang tersendiri ditambah lagi dengan knowledge. Di sinilah semuaanya berlaku dengan pantas. Apabila ideologi seseorang itu disalurkan ke arah yang baik dan menguntungkan, maka berkoyan dan berduyun-duyunlah peminat dari serata dunia datang ke blog mereka untuk menikmati segala hidangan yang telah disediakan. Bila sampai ke satu tahap yang tertentu nanti, mereka akan menggunakan kreativiti memasing untuk menjadikan mereka lebih senang?
Lebih senang? Betul ker? Macam tipu jer...?
Cuba bayangkan bila orang seperti Johnchow dilahirkan di Malaysia. Setiap kata (ideologi) yang keluar dalam mulut dia (dalam blog) akan dinantikan oleh para pengunjungnya. Apa yang direkomen senang untuk dijual..... apa yang direview, mudah untuk dipercaya. Setakat mempromosikan product dari program affiliate, tidak langsung mendatangkan masalah.
Kerana apa?
Kerana orang sebegini mempunyai "sesuatu" yang telah disalurkan dengan baik, menguntungkan banyak pihak dan ditambah dengan kreativiti mereka yang tersendiri. Orang menyukainya dan bukankah ini akan menjadikan semua kerjanya di masa hadapan menjadi lebih mudah. Mail mungkin salah seorang daripada mereka-mereka ini. Lihat sajalah kepada blog description yang telah Mail gunakan "Bukan stereotipikal. Untuk yang mahu berfikir." Ideologi Mail barangkali.
Jadi untuk Mail, kawan dapat rasakan yang sudah sampai masanya bagi Mail mempunyai satu lagi blog, tetapi kali ini dalam bahasa Inggeris. Amacam Mail?
Ingat, blogging bukanlah setakat mengutarakan pendapat, tetapi juga ideologi.... arrgghhh... lagi-lagi ideologi, lagi-lagi ideologi... pemikiran laaaah, senang citer.
*** awak juga kenalah berhati-hati kepada ideologi blogger jahat. ini sangatlah merbahaya...boleh membuatkan negara kacau bilau...bukan apa, kawan sekadar mengingatkan saja...
3 comments:
Mail memang hebattttt...Trafik dari blog dia pun banyak. Dia buat sponsored post untuk blog saya kat 5xmom dot com kelmarin.
yeah... terima kasih Izad atas post ini.. terasa tinggi sgt untuk blog mcm aku.. aku harap ko pun boleh terus menulis dan meriahkan suasana blog Malaysia..
Terima kasih banyak! :)
kawan tak kisah punya. kawan memang macam nie...
Post a Comment