Kawan masih lagi online hingga sekarang sejak dari 12.00 tengah hari tadi. Maknanya kawan dah online lebih dari 12 jam. Tapi sebenarnya, kawan taklah sekeras batu untuk mempunggukkan diri kawan depan komputer ni haa, cuma jenguklah apa sekadar yang patut.Kalau kawan rasa ada job, kawan on balik monitor screen kawan ni. Pastu off kan balik. Sejam lepas tu, kawan online lagi sekali. Begitulah ceritanya. Tadi berhenti kejap menonton Kaber Hero Kaber Zero. It's a free job for a full time blogger like me.
Tadi dalam post yang sebelumnya, ada seorang hamba Allah yang bertanyakan macam mana nak dapatkan link buat duit just dari blogging. Kawan rasakan soalan ini terlalu komersial untuk ditanya. Tapi walau apa-apa pun, kawan syorkan dia supaya mencuba paid to blog programme dulu.
Mengapa?
Sebab adalah terlalu sukar untuk membuat duit dari Google Adsense jikalau tidak betul-betul power SEO dan keyword. Affiliate programme juga bukannya senang bagi seseorang yang tidak pengaruh yang kuat dalam dunia blogging nie (blogosphere). Tetapi, jikalau mereka yang tahu akan kenebatan Adwords, affiliate programme tidaklah menjadi satu masalah bagi mereka.
Jadi haruskah malam ini kawan menerangkan semuanya link yang boleh menjana duit bagi Syuxx (nama hamba Allah itu)?
Jawapannya mestilah tidak sebab kalau kawan bagitau kesemuanya, alamat confuselah dia nanti. Cuma apa yang kawan boleh nasihatkan dia ialah cuba mencari sedikit maklumat di search column.
Ye Syuxx, just taipkan sahaja "paid to blog programme" di Google search anda dan dapatkan sedikit maklumat daripadanya. Setelah itu, just stay tune dengan blog ini untuk mendapatkan kesinambungan yang kawan sendiri akan ceritakan.
No comments:
Post a Comment