September 07, 2007

Kembali- akankah ada lagi?

Kawan baru balik dari rumah kakak kawan di Pasir Gudang. Dalam on the way nak balik rumah tadi, macam-macam yang terbayang dalam fikiran kawan nie. Senang citer, banyak sangatlah yang dipikirkan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada masalah negara, semuanya ada dalam kepala hotak kawan nie termasuklah perkara nak berkawin. Lemah betullah kalau sebut pasal perkara kawin nie... asyik teringat pada awek dulu jer....

Awak pernah tak terpikir pasal benda nie bila awak driving sorang-sorang? Kawan taklah sangat memikirkan tentang perkara nie, tapi kalau tengah driving dalam hujan jer, memang fikiran kawan akan KEMBALI kepada kisah masa remaja dulu.

Remaja?
Yalah, takkanlah umur dah 28 tahun nie nak dikira remaja lagi kan? Sekarang ni kawan nie dah dikira sebagai belia... kui..kui...kui... MAT BELIA! Samalah macam awak semua, jangan nak kelentong. Belia dengan remaja mana yang best?

Remaja!!!!!!
Yaa... 10 markah.
Kawan memang suka dengan waktu remaja sebab kawan rasa kawan telah menggunakan masa remaja tu dengan baik. Kawan memang macam nie, selamba jer puji diri sendiri. Dah memang betul, apa nak disembunyikan. Kalau awak masa remaja dulu pernah buat perkara tak berpae'dah, maka kawan pun dengan selamba nak mengatakan pada awak yang awak punya masa remaja taklah sehappy macam kawan nie.

Kawan dulu masa remaja, memang aktif. Tapi yang paling best sekali bila kawan dapat melanjutkan study ke salah sebuah kolej swasta di Melaka. Di situlah semuanya bermula. Tahun pertama, kawan tak menyerlah langsung sebab kawan tak berminat nak menyerlahkan diri kawan. Tapi, kawan still aktif. Ingat, perkataan yang kita belajar hari ini.. AKTIF, bukan GALI (sila baca dengan slang Ogy Ahmad Daud masa dia jadi juri dalam AF.)

Tapi pada tahun terakhir (cheh, bunyi macam lama tapi kawan amik Diploma 2 tahun jer... padahal tahun kedua sebenarnya...), bermulalah sejarah paling seronok dalam hidup kawan. Hidup kawan pada waktu ini memang sungguh berhemah sekali. Duduk di rumah sewa pun kena ikut undang-undang kawan. Dah kawan yang cari sendiri rumah sewa tu, kawan lah leader dalam tuh. No DRUG, NO PEREMPUAN, NO GANJA, NO BAL, NO BIJI and NO MEMEKAK. Cuma yang dibenarkan hanyalah gitar dan 3 buah "carrom".

Kawan jugaklah yang sendiri pilih saper yang layak untuk duduk kat rumah sewa ni. 3 bilik, 2 bilik air, rumah berkembar 2 yang mempunyai halaman tepi bersama pokok mangga di hadapan, kelapa gading di belakang untuk RM300 sebulan memang berbaloi. Sorang RM70 ringgit sebulan ... semuanya lepas. Studentlah katakan.

Motor?
Motor dan sedikit "rempit" adalah dibenarkan... hah...hah...hahh... dah dasar jantan, mana boleh lepas dari kerempitan. Student tak student , kalau dah sentuh throttle, memang nak memulas jer kerjanya. Kalau setakat nak pergi 140km/j, still lagi boleh ON. Cuma tukar tayar sotong sket, dah okey balik. Motor Kriss kawan yang berplat JER 5**2 tu masih lagi ada, tapi bukan di JB, sekarang di K.L. Kawan kasi adik kawan yang bekerja di sana pakai. Cantik lagi motor tu.

Tahun terakhir tu memang rasanya tahun paling bahagia. Rasanya kolej tu macam bapak kawan yang punya. Dia punya Pengetua tu kira dah macam member. Main snooker pun sama-sama... bayangkan. Cuma dia punya tonjol, Masya-Allah... teruk giler. Asal kena bola putih tu dengan batang cue, tu dah kira cukup terror la bagi dia. Kesian kawan tengok dia. Perut dia besar sangat, sebab tu takleh shoot tepat. Apajadi dengan dia pun, kawan tak tau. Cuma kawan harap dia masih lagi sihat walafiat.

Masa ni jugaklah hati kawan terbukak nak kenal dengan first ehem..ehem.. kawan. Kawan kenal dengan dia pun masa tahun akhir. Kira memang kawan suka jugak lah dengan dia nie.

Suka sikit ker suka banyak?
Ni yang malas kawan nak jawab nie. Berantakan kepala nak sedut balik kenangan dulu. Senang citer, kalau sebut jer nama kawan dengan nama dia, satu kolej dah tau termasuklah lecture ngan mak cik kantin. Mana taknya, dah makan pun selalu sama-sama. Tapi, akankah ada lagi semua kenangan manis sebegitu di masa akan datang?

Budak tu suka kawan ker?
Nak citer susah sikitlah tapi, setiap kali kawan handle new intake untuk freshie baru, dia akan PANAS dengan semua adik angkat kawan. Kes jealous barangkali. Tapi, dah namanya ketua fasilitator... adatlah, memang banyak adik angkat punya. Pompuan pulak tu semuanya.

Kawan dapat tau lepas raya nie, batch kawan akan adakan reunion yang pertama setelah lebih 5 tahun kami semua tak pernah bersua muka. Ya Allah... macam manalah rasanya .... adakah si dia akan datang? Dah kahwin ke dia? Apa kawan nak jawab pada semua member yang dah kawin? Bagaimana....? Kenapa...? Bila....? Apa....? arrgghhh.... semuanya bermain di kepala!

Kembali bersatu semula kami .... tapi, akankah ada lagi si dia?