
Semalam hari Ahad. Hari ini hari Isnin. Semalam kawan ada kenduri di rumah kawan. Semua keluarga, ipar duai kawan datang berkumpul di rumah kawan (rumah bapak kawan). Ikutkan perancangan asal, kenduri doa selamat nie memang akan diadakan lepas maghrib, tapi atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan.. maka ia dipercepatkan lepas Asar.
Apa yang boleh kawan ceritakan di sini adalah ini adalah satu kenduri yang sudah menjadi kelaziman dan jugak adat keluarga kawan sebelum bulan puasa. Maka berkumpullah semua abang ipar kawan bersama anak memasing. Bak kata pepatah, itik pulang petang sebab riuh sangat. Maunya tak riuh, rumah kawan dipenuhi dengan 9 anak saudara yang kiut miut berlari-lari ke sana sini. Semacam terasakan hari raya pulak.
Cuma yang bezanya rumah kawan taklah seperti 15 tahun dahulu. Rumah kawan hari ini lebih besar dan lebih selesa. Macam-macam ada. Kawan rasa bersyukur sangat sebab hidup lepas merdeka ni. Selalunya masa ginilah bapak kawan akan berbual galak giler. Kalau hari-hari biasa, taklah semeriah macam nie. Bapak kawan nie kalau dah duduk bersama dengan 3 orang menantu dia, bukan main seronok dia. Yelah...menantu dia semuanya lelaki. Apa saja yang keluar dari mulut memasing, semuanya boleh masuk line. Cakap jer jer hal apa.. pilihanraya, sukan, filem, Bush, Howard, Michael Jackson, Britney Spears, Pak Lah, kes babi di Melaka, Empangan Bakun, kapal terbang terhempas, al-Arqam.... semua dia tahu sebab dia kalau baca suratkhabar, memang dia takkan miss satu column pun. Wa'emah iklan Ubat Sakit Perut Pil Chik Kit Teck Aun dengan iklan rambut Yun Nam pun dia baca!
Apa-apa pun, hanya satu jer yang yang kesemua abang ipar kawan tak berani masuk bila berbual bersama bapak kawan. Mereka hanya mampu mendengar jer. Ye... kawan ulang lagi sekali, mereka hanya mampu mendengar jer... mendengar dengan penuh syahdu dan penuh penghayatan.
Saat ini memang kawan nantikan sebab ianya jarang ditutur katakan oleh bapak kawan. Ia adalah cerita sebelum merdeka. Inilah yang membuatkan kawan dengan yang lain seronok sangat mendengar. Tiap-tiap tahun, cerita ini makin seronok untuk didengar. Dan di akhir cerita itu juga sungguh menyayat hati sebab perkataan arwah akan selalu kedengaran.
Mungking inilah sebab kenduri sebegini patut diadakan. Kawan rasa tiada tempat yang hebat di dunia ini melainkan duduk bersama-sama dengan satu keluarga besar seperti ni. Bulan Ramadhan pun dah nak dekat... lagi beberapa hari jer lagi.....
Harap bulan Ramadhan akan membawa lebih berkah pada kita semua...selamat berpuasa semua!