September 10, 2007

Adat meniaga review di blog.


Dah namanya meniaga, untung rugi tu dah kira adatlah kan?
Samalah jugak kalau jadi full time blogger nie, itupun dah kira meniaga. Cuma produk jer yang berbeza. Dalam dunis blogging nie, banyak sangat yang boleh diperkatakan. Cuma apa yang kawan nak katakan di sini adalah salah satu kerja kawan sekarang ni iaitu buat review.

Secara terus terang, kerja kawan hanyalah di rumah. Tiada tambang bas, tiada budget untuk makan tengah hari, tiada duit minyak dan tiada orang yang nak scold kita. Kawan jugaklah boss dan kawan jugaklah staff. Senang citer, tak banyaklah modal yang harus dikeluarkan untuk membuat kerja nie. Apa yang perlu kawan sediakan ialah komputer, duit bil api (eletrik) dan juga bil Streamyx. Kiranya sebulan dalam RM200 laaaa.

Kawan memang suka dengan kerja kawan nie. Seperti yang kawan ceritakan dalam post pertama kawan, selama ini kawan hanya memblogging untuk blog Inggeris kawan. Semua income kawan bersumber dari semua blog tu. Cuma blog nie jer dalam bahasa Melayu. Blog ni pun kawan reka untuk kawan curahkan semua isi hati kawan dalam dunia blogging. Harap blog ini dapat mencari ramai kenalan semungkin yang boleh terutamanya di Malaysia.

Jadi, apa sebenarnya kerja kawan sebagai full time blogger nie?
Ada sesaper yang boleh tolong jelaskan?

2 comments:

Anonymous said...

ohoho~so really lah kan to earn money from blogg..
ohoho~ blh share tak link2 yg best utk jana money from blogging?? [syuxx.co.nr]

admin said...

boleh, kawan takde masalah. just stay kat blog ini sebab memang akan ada post untuk blog ni setiap hari. happy blogging!