Cheh....! Baru semalam kawan buat satu entri untuk Mail, hari nie Mail dah tukar template blog dia. Macam ada apa-apa jer, tapi padahal takde apa-apa pun. Dah blog dia, suka hati dia lah nak buat apa-apa pun. ha..ha...ha....
Kawan rasa ni lagi satu ideologi dari mail. Kalau tak percaya, tengoklah sikit hari lagi, mesti ramai pembaca blog dia yang tukar template jugak... ha...ha...ha.... lagi sekali.
Mail, untuk awak... kawan nak ucapkan terima kasih kerana mengalu-alu kan kedatangan kawan dalam blog awak. Meskipun tak kenal, tapi taklah kita bercinta. Cuma kawan dapat rasakan yang banner baru awak kat atas tu seperti tipikal dengan Datin Diaries yang main kat TV3 bulan lepas....
Tapi, ada patutnya kawan rasa awak buat banner seperti tu. Sebab ianya mengundang kontroversi dalaman bagi pembaca wanita yang selalu singgah kat blog awak. Dan apa yang kawan pasti, di dalam hati pembaca wanita awak tu akan terucap jua kalimah yang kawan gunakan untuk entri ini "Mail buat hal lagi....!"
Kah...kah...kah....! Selamat berpuasa kepada Mail dan semua pembaca blog ni. Kawan rasa suka sangat sebab traffic blog ni semakin dahsyat meskipun tak sampai 10 entri!!!
Siapa itu Mohd Ismail? Hebat sangatkah Mohd Ismail tu? Apa yang awak kagumi pasal Mohd Ismail sebenarnya? Atau awak semua sekadar menunjukkan kehebatan awak sendiri kepada Mohd Ismail supaya ramai lagi blogger akan mengingati awak? Ahaaa...! Kawan tahu yang Mail akan membaca entry ini. Kawan tak kenal Mail dan Mail juga memang langsung tak kenal kawan. Cuma apa yang kawan nak ceritakan di sini betapa hebatnya dunia blogging kerana walaupun saling tak mengenali, tapi macam dah kenal.
Blogosphere adalah satu platform yang terlalu susah untuk diceritakan keluasannya hatta Gurun Sahara pun di bawahnya. Terlalu tinggi kemuncaknya sehinggakan Bujr Al-Arab pun di rendahkannya, wae'mah terlalu laju pembawaannya mengalahkan wanita yang mengidam buah mangga di hadapan rumah jirannya... pantasnya cerita disebarkan, Mat Rempit pun boleh surrender, malah setianya blogger kepada blogosphere nya mengalahkan setia Hang Tuah kepada Sultannya.
Wooo.... panjang pulak intro kawan pada post kali ni. Tapi, seronok jugak sebab tak pernah kawan buat entry intro panjang dalam blog berbahasa Melayu. Kalau sebelum ini semuanya dalam bahasa Inggeris, sekarang rasanya lain pulak. Kawan rasa diri kawan semakin dekat dan selesa dalam memblogging ni. haa...ha...ha...
Berbalik kepada cerita Mail. Kawan sebenarnya baru jer mengenali blog Mohd Ismail nie. Tak taulah macam mana kawan boleh menyinggah ke blog Mail ni. Klik sini, klik sana... tetiba jer sampai. Macam magic pulak tapi macam yang kawan katakan tadi, pantasnya ia berlaku sampai Mat Rempit pun boleh surrender.
Kawan katakan di sini yang Mail sebenarnya ada "sesuatu" yang boleh buatkan pengunjung duduk di dalam blognya. Bukan untuk membaca kesemua entrinya, tetapi Mail telah berjaya menjana returning visitors. Satu petanda yang boleh menjadikan Mail seorang yang popular.
Apa yang hebat sangat pasal Mail? Apakah yang dikatakan "sesuatu" itu?
Haaa.... inilah yang dikatakan ideologi. Ideologi adalah salah satu elemen yang penting dalam dunia blogosphere. Tahukah awak bahawa jika seseorang blogger (bukan webmaster!) berjaya menyebarkan ideologinya, maka dia akan menjadi lebih senang di masa hadapan?
Lihatlah apa yang dibuat oleh Darren (Problogger), Shoe Money dan juga Johnchow. Mereka semuanya mempunyai ideologi mereka yang tersendiri ditambah lagi dengan knowledge. Di sinilah semuaanya berlaku dengan pantas. Apabila ideologi seseorang itu disalurkan ke arah yang baik dan menguntungkan, maka berkoyan dan berduyun-duyunlah peminat dari serata dunia datang ke blog mereka untuk menikmati segala hidangan yang telah disediakan. Bila sampai ke satu tahap yang tertentu nanti, mereka akan menggunakan kreativiti memasing untuk menjadikan mereka lebih senang?
Lebih senang? Betul ker? Macam tipu jer...?
Cuba bayangkan bila orang seperti Johnchow dilahirkan di Malaysia. Setiap kata (ideologi) yang keluar dalam mulut dia (dalam blog) akan dinantikan oleh para pengunjungnya. Apa yang direkomen senang untuk dijual..... apa yang direview, mudah untuk dipercaya. Setakat mempromosikan product dari program affiliate, tidak langsung mendatangkan masalah.
Kerana apa? Kerana orang sebegini mempunyai "sesuatu" yang telah disalurkan dengan baik, menguntungkan banyak pihak dan ditambah dengan kreativiti mereka yang tersendiri. Orang menyukainya dan bukankah ini akan menjadikan semua kerjanya di masa hadapan menjadi lebih mudah. Mail mungkin salah seorang daripada mereka-mereka ini. Lihat sajalah kepada blog description yang telah Mail gunakan "Bukan stereotipikal. Untuk yang mahu berfikir." Ideologi Mail barangkali.
Jadi untuk Mail, kawan dapat rasakan yang sudah sampai masanya bagi Mail mempunyai satu lagi blog, tetapi kali ini dalam bahasa Inggeris. Amacam Mail?
Ingat, blogging bukanlah setakat mengutarakan pendapat, tetapi juga ideologi.... arrgghhh... lagi-lagi ideologi, lagi-lagi ideologi... pemikiran laaaah, senang citer.
*** awak juga kenalah berhati-hati kepada ideologi blogger jahat. ini sangatlah merbahaya...boleh membuatkan negara kacau bilau...bukan apa, kawan sekadar mengingatkan saja...
Kawan baru jer baca paper hari ni. Dalam banyak-banyak cerita yang ada kat dalam Kosmo tu, hanya ada satu jer yang menarik hati kawan iaitu cerita tentang Presiden Suharto. Alaaa... takkanlah awak semua tak kenal? Tinggal dalam hutan ke apa? Keh...keh...keh.. kawan memang macam gini.... selalu men-sound...
Kawan nak tanya, awak dah baca belum paper hari nie? Kalau dah baca, lagi senang dan lagi seronoklah awak membaca entry ni. Sebenarnya, Presiden Suharo dalam proses untuk mendapat RM340 juta ringgit (USD100) setelah menang dalam kes samannya terhadap majalah Time. Fuhh.....gila apa.... banyak giler tu.
Masa kawan baca tadi tu pun, memula agak macam nak terlepas pandang jer. Ingatkan RM3.4 juta , tapi RM340 juta. Perrgghhh... blogging sampai mati pun takleh dapat macam gini punya figure. Tak tau ler pulak kawan kalau Shoe Money boleh buat lebih dari tu sebab dia memang handal dalam gak membuat duit online nie.
Lagi satu, kalau awaklah dapat duit macam gini punya banyak, apa yang awak akan lakukan? Adakah awak akan berhenti kerja, ataupun berhenti hidup ataupun berhenti sebentar sekadar tuma'ninah untuk mengucapkan Alhamdulillah?
Kawan masih lagi online hingga sekarang sejak dari 12.00 tengah hari tadi. Maknanya kawan dah online lebih dari 12 jam. Tapi sebenarnya, kawan taklah sekeras batu untuk mempunggukkan diri kawan depan komputer ni haa, cuma jenguklah apa sekadar yang patut.
Kalau kawan rasa ada job, kawan on balik monitor screen kawan ni. Pastu off kan balik. Sejam lepas tu, kawan online lagi sekali. Begitulah ceritanya. Tadi berhenti kejap menonton Kaber Hero Kaber Zero. It's a free job for a full time blogger like me.
Tadi dalam post yang sebelumnya, ada seorang hamba Allah yang bertanyakan macam mana nak dapatkan link buat duit just dari blogging. Kawan rasakan soalan ini terlalu komersial untuk ditanya. Tapi walau apa-apa pun, kawan syorkan dia supaya mencuba paid to blog programme dulu.
Mengapa? Sebab adalah terlalu sukar untuk membuat duit dari Google Adsense jikalau tidak betul-betul power SEO dan keyword. Affiliate programme juga bukannya senang bagi seseorang yang tidak pengaruh yang kuat dalam dunia blogging nie (blogosphere). Tetapi, jikalau mereka yang tahu akan kenebatan Adwords, affiliate programme tidaklah menjadi satu masalah bagi mereka.
Jadi haruskah malam ini kawan menerangkan semuanya link yang boleh menjana duit bagi Syuxx (nama hamba Allah itu)? Jawapannya mestilah tidak sebab kalau kawan bagitau kesemuanya, alamat confuselah dia nanti. Cuma apa yang kawan boleh nasihatkan dia ialah cuba mencari sedikit maklumat di search column.
Ye Syuxx, just taipkan sahaja "paid to blog programme" di Google search anda dan dapatkan sedikit maklumat daripadanya. Setelah itu, just stay tune dengan blog ini untuk mendapatkan kesinambungan yang kawan sendiri akan ceritakan.
Dah namanya meniaga, untung rugi tu dah kira adatlah kan? Samalah jugak kalau jadi full time blogger nie, itupun dah kira meniaga. Cuma produk jer yang berbeza. Dalam dunis blogging nie, banyak sangat yang boleh diperkatakan. Cuma apa yang kawan nak katakan di sini adalah salah satu kerja kawan sekarang ni iaitu buat review.
Secara terus terang, kerja kawan hanyalah di rumah. Tiada tambang bas, tiada budget untuk makan tengah hari, tiada duit minyak dan tiada orang yang nak scold kita. Kawan jugaklah boss dan kawan jugaklah staff. Senang citer, tak banyaklah modal yang harus dikeluarkan untuk membuat kerja nie. Apa yang perlu kawan sediakan ialah komputer, duit bil api (eletrik) dan juga bil Streamyx. Kiranya sebulan dalam RM200 laaaa.
Kawan memang suka dengan kerja kawan nie. Seperti yang kawan ceritakan dalam post pertama kawan, selama ini kawan hanya memblogging untuk blog Inggeris kawan. Semua income kawan bersumber dari semua blog tu. Cuma blog nie jer dalam bahasa Melayu. Blog ni pun kawan reka untuk kawan curahkan semua isi hati kawan dalam dunia blogging. Harap blog ini dapat mencari ramai kenalan semungkin yang boleh terutamanya di Malaysia.
Jadi, apa sebenarnya kerja kawan sebagai full time blogger nie? Ada sesaper yang boleh tolong jelaskan?
Semalam hari Ahad. Hari ini hari Isnin. Semalam kawan ada kenduri di rumah kawan. Semua keluarga, ipar duai kawan datang berkumpul di rumah kawan (rumah bapak kawan). Ikutkan perancangan asal, kenduri doa selamat nie memang akan diadakan lepas maghrib, tapi atas sebab- sebab yang tak dapat dielakkan.. maka ia dipercepatkan lepas Asar.
Apa yang boleh kawan ceritakan di sini adalah ini adalah satu kenduri yang sudah menjadi kelaziman dan jugak adat keluarga kawan sebelum bulan puasa. Maka berkumpullah semua abang ipar kawan bersama anak memasing. Bak kata pepatah, itik pulang petang sebab riuh sangat. Maunya tak riuh, rumah kawan dipenuhi dengan 9 anak saudara yang kiut miut berlari-lari ke sana sini. Semacam terasakan hari raya pulak.
Cuma yang bezanya rumah kawan taklah seperti 15 tahun dahulu. Rumah kawan hari ini lebih besar dan lebih selesa. Macam-macam ada. Kawan rasa bersyukur sangat sebab hidup lepas merdeka ni. Selalunya masa ginilah bapak kawan akan berbual galak giler. Kalau hari-hari biasa, taklah semeriah macam nie. Bapak kawan nie kalau dah duduk bersama dengan 3 orang menantu dia, bukan main seronok dia. Yelah...menantu dia semuanya lelaki. Apa saja yang keluar dari mulut memasing, semuanya boleh masuk line. Cakap jer jer hal apa.. pilihanraya, sukan, filem, Bush, Howard, Michael Jackson, Britney Spears, Pak Lah, kes babi di Melaka, Empangan Bakun, kapal terbang terhempas, al-Arqam.... semua dia tahu sebab dia kalau baca suratkhabar, memang dia takkan miss satu column pun. Wa'emah iklan Ubat Sakit Perut Pil Chik Kit Teck Aun dengan iklan rambut Yun Nam pun dia baca!
Apa-apa pun, hanya satu jer yang yang kesemua abang ipar kawan tak berani masuk bila berbual bersama bapak kawan. Mereka hanya mampu mendengar jer. Ye... kawan ulang lagi sekali, mereka hanya mampu mendengar jer... mendengar dengan penuh syahdu dan penuh penghayatan.
Saat ini memang kawan nantikan sebab ianya jarang ditutur katakan oleh bapak kawan. Ia adalah cerita sebelum merdeka. Inilah yang membuatkan kawan dengan yang lain seronok sangat mendengar. Tiap-tiap tahun, cerita ini makin seronok untuk didengar. Dan di akhir cerita itu juga sungguh menyayat hati sebab perkataan arwah akan selalu kedengaran.
Mungking inilah sebab kenduri sebegini patut diadakan. Kawan rasa tiada tempat yang hebat di dunia ini melainkan duduk bersama-sama dengan satu keluarga besar seperti ni. Bulan Ramadhan pun dah nak dekat... lagi beberapa hari jer lagi.....
Harap bulan Ramadhan akan membawa lebih berkah pada kita semua...selamat berpuasa semua!
Ini satu dari filem melayu yang memang kawan takleh lupa. Dari mula cerita, kawan dah rasa memang filem nie best. Adik-beradik kawan yang lain pun dah cop tempat duduk masing-masing. Jadi kawan pun amik jugak satu sudut yang agak best kat tepi penjuru gerobok yang mana kawan boleh bersandar. Lepas bapak kawan adjustkan tuning TV Samsung hitam putih model awal 1980-an tuh, barulah nampak clear sket.
Part yang best bila kawan sekeluarga tengok TV ialah bapak kawan. Dia memang suka sangat tengok citer Melayu. Dengan berbantalkan lengannya yang besar, maka terlentangnya bapak kawan di tengah-tengah ruang tamu. Tapi itu semua hanyalah gimik semata-mata sebab pada saat iklan yang entah ke berapa entah, kawan dah terdengar sajenis runut bunyi yang amat memilukan bagi kawan sekeluarga. Yaaa.... dia telahpun sampai ke England kerana dengkurannya itu saling tak tumpah macam lagu The Beatles dalam tidurnya. Ayah....ayah....
Setelah dengkurannya itu kurang, maka semakin seronoklah kawan dan adik beradik kawan beserta dengan emak kawan menonton cerita yang best ini. Gila-Gila Remaja adalah satu cerita sebenar ragam anak muda yang hidup dalam eranya yang tersendiri. Dengan keadaan rempit pada zaman tu, kawan masih teringat lagi kumpulan motor di tempat kawan. Bagi yang duduk di sekitar tempat kawan nie, pasti mereka takkan lupa dengan nama Riken. Ini ialah salah satu kumpulan motor yang agak famous yang wujud di sini.
Begitu jugak dengan Azroy dengan Farouk. Ini adalah dua nama yang cukup kuat untuk cerita nie. Dua-dua nama nie mempunyai sentimen yang cukup dahsyat untuk remaja terutamanya dalam dunia seorang pelajar, perempitan, kenakalan dan juga dadah.
Tapi, apa yang lebih menarik sekali adalah bagaimana kumpulan team production Anugerah Era malam ni yang dapat membuat flashback lagu nie bersama-sama Kazar penyanyi asal lagu nie. Kristal pula memang dapat membuat comeback yang lebih syahdu bersama vokalis mereka sekarang. Best betullaaa....
Dan satu lagi perkara penting, semua cerita yang berlaku di atas adalah kisah sebenar keluarga kawan menonton filem ni di rumah setinggan yang mempunyai bawah kolong sekitar tahun 80-an dulu.......
Kawan baru balik dari rumah kakak kawan di Pasir Gudang. Dalam on the way nak balik rumah tadi, macam-macam yang terbayang dalam fikiran kawan nie. Senang citer, banyak sangatlah yang dipikirkan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada masalah negara, semuanya ada dalam kepala hotak kawan nie termasuklah perkara nak berkawin. Lemah betullah kalau sebut pasal perkara kawin nie... asyik teringat pada awek dulu jer....
Awak pernah tak terpikir pasal benda nie bila awak driving sorang-sorang? Kawan taklah sangat memikirkan tentang perkara nie, tapi kalau tengah driving dalam hujan jer, memang fikiran kawan akan KEMBALI kepada kisah masa remaja dulu.
Remaja? Yalah, takkanlah umur dah 28 tahun nie nak dikira remaja lagi kan? Sekarang ni kawan nie dah dikira sebagai belia... kui..kui...kui... MAT BELIA! Samalah macam awak semua, jangan nak kelentong. Belia dengan remaja mana yang best?
Remaja!!!!!! Yaa... 10 markah. Kawan memang suka dengan waktu remaja sebab kawan rasa kawan telah menggunakan masa remaja tu dengan baik. Kawan memang macam nie, selamba jer puji diri sendiri. Dah memang betul, apa nak disembunyikan. Kalau awak masa remaja dulu pernah buat perkara tak berpae'dah, maka kawan pun dengan selamba nak mengatakan pada awak yang awak punya masa remaja taklah sehappy macam kawan nie.
Kawan dulu masa remaja, memang aktif. Tapi yang paling best sekali bila kawan dapat melanjutkan study ke salah sebuah kolej swasta di Melaka. Di situlah semuanya bermula. Tahun pertama, kawan tak menyerlah langsung sebab kawan tak berminat nak menyerlahkan diri kawan. Tapi, kawan still aktif. Ingat, perkataan yang kita belajar hari ini.. AKTIF, bukan GALI (sila baca dengan slang Ogy Ahmad Daud masa dia jadi juri dalam AF.)
Tapi pada tahun terakhir (cheh, bunyi macam lama tapi kawan amik Diploma 2 tahun jer... padahal tahun kedua sebenarnya...), bermulalah sejarah paling seronok dalam hidup kawan. Hidup kawan pada waktu ini memang sungguh berhemah sekali. Duduk di rumah sewa pun kena ikut undang-undang kawan. Dah kawan yang cari sendiri rumah sewa tu, kawan lah leader dalam tuh. No DRUG, NO PEREMPUAN, NO GANJA, NO BAL, NO BIJI and NO MEMEKAK. Cuma yang dibenarkan hanyalah gitar dan 3 buah "carrom".
Kawan jugaklah yang sendiri pilih saper yang layak untuk duduk kat rumah sewa ni. 3 bilik, 2 bilik air, rumah berkembar 2 yang mempunyai halaman tepi bersama pokok mangga di hadapan, kelapa gading di belakang untuk RM300 sebulan memang berbaloi. Sorang RM70 ringgit sebulan ... semuanya lepas. Studentlah katakan.
Motor? Motor dan sedikit "rempit" adalah dibenarkan... hah...hah...hahh... dah dasar jantan, mana boleh lepas dari kerempitan. Student tak student , kalau dah sentuh throttle, memang nak memulas jer kerjanya. Kalau setakat nak pergi 140km/j, still lagi boleh ON. Cuma tukar tayar sotong sket, dah okey balik. Motor Kriss kawan yang berplat JER 5**2 tu masih lagi ada, tapi bukan di JB, sekarang di K.L. Kawan kasi adik kawan yang bekerja di sana pakai. Cantik lagi motor tu.
Tahun terakhir tu memang rasanya tahun paling bahagia. Rasanya kolej tu macam bapak kawan yang punya. Dia punya Pengetua tu kira dah macam member. Main snooker pun sama-sama... bayangkan. Cuma dia punya tonjol, Masya-Allah... teruk giler. Asal kena bola putih tu dengan batang cue, tu dah kira cukup terror la bagi dia. Kesian kawan tengok dia. Perut dia besar sangat, sebab tu takleh shoot tepat. Apajadi dengan dia pun, kawan tak tau. Cuma kawan harap dia masih lagi sihat walafiat.
Masa ni jugaklah hati kawan terbukak nak kenal dengan first ehem..ehem.. kawan. Kawan kenal dengan dia pun masa tahun akhir. Kira memang kawan suka jugak lah dengan dia nie.
Suka sikit ker suka banyak? Ni yang malas kawan nak jawab nie. Berantakan kepala nak sedut balik kenangan dulu. Senang citer, kalau sebut jer nama kawan dengan nama dia, satu kolej dah tau termasuklah lecture ngan mak cik kantin. Mana taknya, dah makan pun selalu sama-sama. Tapi, akankah ada lagi semua kenangan manis sebegitu di masa akan datang?
Budak tu suka kawan ker? Nak citer susah sikitlah tapi, setiap kali kawan handle new intake untuk freshie baru, dia akan PANAS dengan semua adik angkat kawan. Kes jealous barangkali. Tapi, dah namanya ketua fasilitator... adatlah, memang banyak adik angkat punya. Pompuan pulak tu semuanya.
Kawan dapat tau lepas raya nie, batch kawan akan adakan reunion yang pertama setelah lebih 5 tahun kami semua tak pernah bersua muka. Ya Allah... macam manalah rasanya .... adakah si dia akan datang? Dah kahwin ke dia? Apa kawan nak jawab pada semua member yang dah kawin? Bagaimana....? Kenapa...? Bila....? Apa....? arrgghhh.... semuanya bermain di kepala!
Kembali bersatu semula kami .... tapi, akankah ada lagi si dia?
Nama kawan Izad. Kawan orang Johor Bahru. Umur kawan 28 tahun, sama dengan Siti Nurhaliza. Bezanya dia dah kawin, kawan belum lagi. Kawan mula memblogging sejak dari tahun 2005 lagi. Cuma nilah satu-satunya blog pertama kawan dalam bahasa Melayu. Sebelum nie, kawan dah ada banyak blog, tapi semuanya dalam bahasa Inggeris. Well, you know.... Tapi, kawan sebennarnya bukan tahu sangat pun berbahasa Inggeris. Boleh dikatakan semuanya broken English tapi at least, kawan berani buat blog dalam bahasa Inggeris. Kira sekarang kawan dah ada dua bahasa untuk blog kawan. Mesti Dr Mahathir bangga dengan kawan...
Kawan sekarang nie bekerja dari rumah. Kerja kawan ni pelik sket. Jiran-jiran kawan semuanya kata kawan macam tak bekerja, tapi income kawan lebih best dari diaorang. Kawan pun tak tahu macam mana kawan boleh menceburi bidang nie di rumah. Mungkin benar kata kalamullah dalah surah Yasin... 'kun fayakun" jadilah engkau, maka terjadilah ia.
Takpun, memang dah rezeki kawan macam gini, takkanlah kawan nak tolak kan? Mesti Pak Lah bangga dengan kawan sebab kawan dah boleh buat kerja macam yang mat saleh buat tu. Kawan memang tak berpelajaran tinggi tapi kawan mempunyai semangat yang tinggi untuk belajar sampai ke tahap nie.
Ada satu sebab mengapa kawan buat blog bahasa Melayu ni. Sebab kawan rasakan yang blog ni penuh dengan semngat jati diri kawan selama hampir 4 tahun kawan memblogging. Mungkin ada yang rasa best sangat ker memblogging nie kan? Jawapannya memang tak best!
Haaa... macam mana dengan jawapan tue? Puas ke tidak?
Sebenarnya, blogging ni adalah salah satu dari cabang sastera (ini pada pendapat kawan, pendapat awak.... kawan tak tau la pulak) yang ramai blogger-blogger tak tau. Perlu diingat bahawa sastera sentiasa ada di mana-mana. Tak kiralah sama ada blogger tu mat saleh ker, india ker, negro ker.... ataupun seseorang tu terlalu expert dalam dunis sains & fiksyen mahupun dunia permotoran, semunya memerlukan sastera. Terkadang tu, ada jugak student sastera yang tak faham apakah dunia sastera itu.
Buat pengetahuan awak, kawan adalah seorang bekas pelajar dalam science stream. Tapi, kawan tahulah serba sedikit dunia sastera. Seperti yang kawan kata tadi, sastera ada di mana-mana.
Apa pun, esok kawan sambung lagi cerita kawan. Banyak lagi yang kawan nak ceritakan kat sini. Opsss... kawan lupa nak bagitau awak semua, ada orang paggil kawan dengan nama Minjad. Senang citer.